01 October 2019

p r o l o g . . .


وَذَكِّرْ فَإِنَّ ٱلذِّكْرَىٰ تَنفَعُ ٱلْمُؤْمِنِين
❝Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang beriman.❞
— Adz-Dzariyat 51:55


04 February 2019

dalam hujan renyai di 2019 =)



بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Mula-mula sekali , aku nak senyum dulu . Hehe . Lawak tengok benda-benda lama ni sekali sekala kan . Maklum la zaman bengong-bengong dulu . Tak tau nape tingin nak update ni . Padahal banyak kali dah terrrringin buka blog ni . Takpela kita layan je eh . Bukan selalu pun kan . =D

Tadi niat nak tukar nama puput ni . Tapi tak jadi plak , sebab rupanya dah ada signature memang termaktub ku dah buat rupanya kat bawah tu yang ada sayap tu . Lama tak bukak kan . Ku jadi lupa segala . Hatta nak tukar font pun , dah ke laut . Pari-pari ku kat atas tu pun dah hilang . Malas dah nak edit-edit html ni . Jadi biar je la kan . Hehe . Rindu sebenarnya waktu zaman blogger ni . Walau aku takde la aktif sangat tapi sempat la makan minum tidur dengan blog kan . Dapat la cashout nuffnang skit-skit walau tak kaya jugak kan . Hehe . 

Melalut . Haha .

Apa khabar la kan sahabat-sahabat blogger yang set-set 2010 kot kalau tak silap . Lahai terasa tuanye . Hehe . Moga semua bahagia , diberkati dan dalam lindungan Allah selalu . 

P U P U T .

Pernah suka giler nama ni . sebab maksud puput ni angin sepoi-sepoi bahasa , angin bayu , angin lembut , udara bergerak pelan-pelan dalam hujan , waktu pagi , waktu petang , waktu senja , tepi pantai , tepi bukit . Hehe . Feel tu aku bayang macam bau tengah hujan . Ahhh . Bahagia dalam ketenangan . 

Banyak kenangan ngan nama ni . Sampai mak mertuaku pun tulis nama 'puput' kat buku resepi . Maklumla menantu reti masak megi je waktu tu . Hehe =D

Minggu lepas duk berwasap ngan sahabat baik dunia akhirat , aamiin . Tersembang pasal lagu Hujan , dari Sudirman . Ntah dari mana mula , tak ingat pulak . Sahabatku kata kalau dengar lagu Sudirman ni dia wajib teringat kat aku . Sebab dalam lagu Hujan ada sebut "PUPUT" . Kenangan betul . Dah tua dah pangkat makcik-makcik dah kitorang sekarang . Jadi bila teringat benda-benda lama jadi tersenyum sorang-sorang .

Waktu zaman aktif COC dolo-dolo , aku buat akaun nama puput  . Tapi bukan COC je , segala mak nenek akaun pun nama puput jugak . Tapi tu dulu zaman separuh dekad yang lalu . Hehe . Pastu pulak kurasa mungkin puput ni nama pelik kot . Kang bila ada yang bertanya puput tu apa , aku jawab sama je . Dari lagu Sudirman , Hujan . Hehe . Kenangan betul .

r i n d u . . .

Tapi اَلْحَمْدُلِلّهِ makin menua ku ni , dah tak sebengong dulu . Moga terus diberi hidayah , taufik dan petunjuk dari Allah ﷻ . Moga kita semua , muslimin muslimat serata dunia , diberi taufik , hidayah dan petunjuk dalam menuju jalan lurus seperti mana orang-orang beriman yang terdahulu . Aamiin .

Tak tahu tahun bila akan diupdate blog ni . Tapi nak delete tu rasa sayang betul . Walau tak special mana pun . Jumpa lagi semua umat nabi Muhammad ﷺ di masa-masa akan datang .

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

بارك الله فيكوم




26 September 2010

PELITA



alhamdulillah 'ala kulli haal

segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan


24 September 2010

AKU YANG TELAT



lambat tul aku wat entry kali ni...
just nak wish SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk semua umat islam sedunia...
semoga aidilfitri kali ni meriah2 ek..

banyak yang aku nak update kat sini...
tapi lom berkesempatan lagi...
papepon all the best untuk semua..
salam...
^_^


22 August 2010

FENOMENA 2 BULAN, 27 OGOS


27 Ogos seluruh dunia sedang menunggu.............
Planet Mars akan menjadi terang di langit pada malam hari mulai Ogos...bulan purnama akan terlihat sama besar dengan planet mars dengan mata kasar...ia akan kelihatan pada 27 Ogos ketika Mars berada 34.65M batu dari bumi.pastikan korang tengok langit pada 27 Ogos jam 00:30...yang mana bumi akan kelihatan seperti mempunyai 2 bulan... lepas ni fenomena ni mungkin akan terjadi lagi pada 2287...

aku baru dapat email dari kawan aku, iffah pasal fenomena 2 bulan ni..aku ngan laki aku suka tengok benda2 camni...nak jadi ahli anstronomi tak dapat..hehe..yang penah terjadi sebelum ni masa bulan 6 aritu..kami tunggu gak..tapi bila sampai waktu..langit gelap je..tunggu 2 jam sebelum n selepas pon..langit still gelap..jadi tak dapat tengok..kali ni pon tak tahu nampak ke tak..sebab ari kadang2 hujan je skang..papepon, kita tunggu n lihat je ek..27 ogos ni..kul 12.30 am..^_^

salam...^_^

17 August 2010

RAMADHAN MUBARAK . . .


sempena ramadhan ni aku nak ucap selamat berpuasa kat semua umat islam sedunia...
aku jarang sangat dah on9 skang..
so kepada korang yang singgah blog aku, aku nak ucap timkaseh banyak2..
dan jugak untuk korang yang klikkan nuff aku..
nanti bila aku dah free confirm aku terjah blog korang balik ek...
semoga ramadhan yang mulia ini memberi keberkatan untuk kita semua..
amin...
salam...^_^

"HIKMAT RAMADHAN TAK HANYA UNTUK SESAAT
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA"